CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday 14 September 2011

Puting Kopek / Puting Kosong / Pacifier / Soother


Assalamualaikum semua.. 

Hari ni nk cite skit ttg ank... ank cik nilam asik mengamuk jer hr ni.. bagi puting kosong yg baru dia xnk.. sbb lain dr yg lame.. kemana pegi nye puting yg lame??? dh sah sah lah hilang.. xdpt dikesan.. nk dpt spt yg lame mmg dh xde d pasaran.. huhuhu..PENING mak, nyah....Actualy ade gak hikmah nye hilang.. dpt mengurangkan skit ketagihan dia.. PUNCA nye dia isap puting???? Dh tentula my parent yg suh bg sbb mudah, baby cpt tng.. tp skg ni mslh lain yg timbul.. susah nk pisahkan.. apetah lg byk keburukan klu isap puting kosong ni.. mari kita kongc bersama info ini...


 
                                                                               Gambar Hiasan semata mata
 
Faedah puting kosong? 

Faedah utama untuk ibubapa ialah puting boleh menenangkan bayi yang menangis sampai tidur. Menghisap puting kosong boleh mengurangkan sakit, dan inilah sebabnya ibubapa sering memberi bayi mereka alat penenang apabila mereka diserang kolik.

Menghisap puting boleh membantu setengah bayi pramatang. Jika mereka diberikan puting kosong untuk dihisap sebelum minum susu, mereka mungkin boleh beralih dengan lebih senang dari makan melalui tiub kepada penyusuan botol, dan akan meminum susu dari botol secara lebih efektif. Penggunaan puting kosong juga mengurangkan tempoh berada di hospital untuk bayi pramatang. Bayi pramatang yang diberi puting kosong sebelum menyusu menjadi lebih selesa dan tenang semasa disusukan dan selepasnya.


Namun begitu, seorang ibu yang mahu menyusu badan mungkin lebih suka menggalakkan bayi untuk menguatkan daya hisapnya pada tetek ibu yang dikosongkan daripada diberikan puting kosong

  
Puting kosong dan kematian bayi mengejut (sudden infant death - SIDS) 

 Satu penyemakan semula kajian-kajian memutuskan bahawa menggunakan puting kosong boleh mengurangkan risiko kematian kot. Jika anda menyusu badan, tunggu sampai bayi anda berusia sebulan sebelum memberikan dia puting kosong. Ini memberikan anda dan bayi anda peluang untuk memantapkan penyusuan badan. Penyusuan badan juga memberi bayi anda perlindungan daripada SIDS, dan jika anda mula menggunakan puting kosong dengan tujuan untuk mengamankan bayi anda sebelum tidur ianya tidak akan mengganggu bekalan susu anda.

• Penggunaan puting kosong mempengaruhi posisi tidur bayi secara positif dan membantu mencegah SIDS.

• Menggunakan puting kosong membuat bayi lebih sedar dan dengan itu dia kurang cenderung untuk mendapat masalah pernafasan atau jantung semasa tidur.


Keburukan puting kosong?

Infeksi telinga meningkat

Ada kaitan yang terbukti mengenai penggunaan puting untuk jangka masa panjang dan infeksi telinga tengah. Adalah disangkakan bahawa menghisap puting kosong menambah kemungkinan infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachia (saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak). Hadkan penggunaan puting untuk tidur sahaja, untuk mengelakkan masalah seperti ini.

Kaitan dengan infeksi perut dan lain-lain
Puting kosong telah dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat simptom seperti muntah-muntah, demam, diarea (cirit-birit) dan kolik.

Penggunaan puting kosong secara jangka panjang menyebabkan masalah gigi
Ramai doktor gigi tidak menggalakkan penggunaan puting kosong atau menghisap jari sebab kedua-duanya boleh menyebabkan beberapa masalah apabila gigi tumbuh dan keluar, terutama sekali jika bayi masih menggunakan puting sebagai penenang semasa gigi kekal mereka sedang menembus keluar.

Masalah pertuturan
Penggunaan puting kosong tidak membolehkan bayi membebel, yang merupakan langkah penting dalam mereka belajar bertutur, dan juga tidak menggalakkan bayi bertatih berceloteh, yang diperlukan mereka untuk membina kemahiran bahasa.
Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.
Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting kosong sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut. "Hasil ujian menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat,"

Menggunakan puting kosong secara harian mengganggu penyusuan badan

Ada bukti kuat bahawa wanita yang menggunakan puting kosong lebih cenderung untuk mencerai susu lebih awal daripada ibu-ibu yang menyusu badan yang tidak menggunakan puting kosong secara harian. Penggunaan puting kosong telah dikaitkan dengan masa yang lebih singkat bagi penyusuan badan secara ekslusif dan juga kekurangan susu semasa bayi berusia satu bulan.

Samada penggunaan puting kosong menyebabkan wanita menghentikan penyusuan badan adalah perkara yang penuh kontroversi. Ada yang mengatakan bahawa ibu menggunakan puting kosong sebab mereka mempunyai masalah menyusu badan atau sebab mereka sebenarnya tidak mahu menyusu badan. Yang lain percaya bahawa adalah sukar bagi setengah bayi beralih dari menghisap puting-puting tiruan kepada menghisap puting tetek ibu - kadangkala diberi nama
keliru puting. Yang lain mengatakan bahawa menghisap puting dan bukan tetek kurang meransangkan payudara untuk mengeluarkan prolaktin, yang kemudiannya menyebabkan penurunan bekalan susu. Wanita yang menghentikan penyusuan badan semasa enam bulan pertama selalunya memberikan faktor "kekurangan susu" sebagai sebab mereka berhenti.

Apa juapun sebabnya, penggunaan puting kosong secara harian telah dikaitkan dengan penghentian penyusuan badan sebelum bayi
berusia tiga bulan. Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dengan tegas tidak menggalakkan penggunaan puting kosong dalam tempoh penyusuan badan hendak dimantapkan. Ini adalah usaha untuk cuba menyokong ibu supaya menyusu badan secara eksklusif untuk enam bulan pertama sebab faedah penyusuan badan yang banyak. 

Nasihat PAKAR Tentang Pengunaan Puting Kosong

  • gunalah puting ortodontik;
  • pastikan ia sentiasa bersih - sterilkan sama seperti puting botol;
  • ganti puting kosong bayi secara kerap - sama seperti puting botol, periksa jika ada retak, pecah atau lubang, yang boleh menakung kuman, dan gantikan dengan puting baru secepat mungkin;
  • jangan salut puting kosong dengan makanan manis seperti madu atau jus oren untuk membuat bayi berhenti menangis - ini akan menyebabkan kerosakan gigi yang cepat;
  • cuba hadkan puting kosong untuk masa-masa utama sahaja, seperti semasa serangan kolik atau hanya untuk menenangka
  • tunggu sehingga bayi anda memerlukan puting kosong dan tidak memberikannya secara automatik;
  • cuba"ceraikan" anak anda dari putingnya sebelum usia satu tahun (lebih senang melakukannya pada masa ini daripada masa dia dua atau tiga tahun) dan sebaik-baiknya sebelum gigi kekal keluar (selalunya pada usia enam tahun);
  • jangan biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat.
TIPS Mencerai puting kosong!
  • Hadkan penggunaan puting kosong untuk masa-masa utama saja dalam sehari, seperti masa tidur atau apabila anak anda sakit. Bertegaslah.
  • Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang - jangan berikan gula-gula untuk menggantikan puting.
  • Tunjukkan kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua, yang tidak menggunakan puting - kanak-kanak prasekolah suka dianggap lebih tua.
  • Galakkan anak anda memberikan semua puting kosongnya kepada seorang yang penting baginya, seperti tok atau nenek.

Diatas saya telah kongsikan kebaikkan dan juga keburukan ttg puting kosong ni.. kepada ibu bapa di luar sana, nilai lah ttg kebaikkan dan keburukkannya.. Tepuk dada tnya hati.. hehehe.. 

Pandangan Cik Nilam.. sekiranya anak anda tidak mempunyai masalah kolik, klu boleh elakkan diberi puting kosong, namun jika ade yg bermsalah, kenalah memberi dgn kadar yg berpada2.. InsyaAllah sy pun akn bertegas dgn ank sy supaya dpt mengurangkan penggunaan puting kosong, strusnya dpt mengelakkan GIGI Jongang & maslah pertuturan...(patutlah ank cik nilam lmbt bertutur sedangkan kawan2 yg sebaya dia dh boleh menyebut sesuatu brg..huhuhuhuhu..Rifqi sudah 1thn 2 bln)

MAKA kpd ibu bapa yg baru nk ajr ank isap puting kosong.. Cuba ELAKKAN..

Sekian info utk saat ini..


Tuesday 13 September 2011

MenGaPa Cincin Nikah Mesti Letak Kat Jari Manis??





AAHHHAAA.... hari ni dok sibuk kemas almari tetibe leh plak lah terjumpa cincin ms nikah dulu.. hohooh.. nmpak sgt lah dh lame sgt xpakai cincin kawin ni.. sbb nye??? jari2 yg runcing sudah menggebu... hehehe.. so cite psl cincin ni, aku ade story nk kongc ngn kengkawan smua.. silah lah membaca strusnya..

Mari Kita Cuba ini....

Temukan telapak tangan Anda, jari tengah dilekuk ke dalam,
kemudian 4 Jari yang lain Pertemukan hujungnya,


PerMAinan Bermula.....
5 pasang Jari Tp hanye 1 pasang Yg x terpisah...

Cuba buka ibu jari anda, Ibu jari mewakili Org Tua, ibu jari Bisa dibuka kerana semua manusia mengalami sakit & mati. Maknanye Org Tua kite akan meninggalkan Kita1 Hari Nati...

Tutup kembali Ibu Jari, kemudian buka Jari telunjuk anda Jari telunjuk mewakili adik beradik anda, mereka bakal memiliki keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan Kita..

Sekarang tutup Kembali Jari telunjuk Anda, buka jari kelingking, yg mewakili anak2 Kita,cepat atau Lambat anak2 Juga akan meninggalkan Kita..

Tutup Pulak jari kelingking anda, bukalah Jari Manis anda Tempat Di mana anda Pakai Cincin Perkahwinan anda, anda akan Heran kerana Jari tersebut x boleh dbuka. Kerana Jari Manis Mewakili suami dan Isteri, selama hidup anda dan pasangan akan Terus melekat antara satu Sama Lain.. 

Selamat Mencuba..

Gambar ini adalah hiasan semata2

Monday 12 September 2011

Orang Blogging Aku Pun Nak GAk..

Assalamualaikum SEMUA...

Hari ini, hari Isnin bersamaan 14 Syawal 1432H.. aku perkenalkan diri dululah.. Nama ku Fifi.. Tp dsbb kn aku suke kaler biru,, korang bleh panggil aku ........... bkn biru lah... tp nilam... hehehhe,, bkn tilam yerk.. nilam kn warna biru.. so aku suke nilam... Alamak mengarut lah plak aku ni.. Bleh je nk panggil Fifi or Cik Nilam or Nilam.. mane2 pun boleh.. Fifi suke... Fifi suke.. hahahaha... bru skg ni aku nk ber 'blogging' sbb sblum ni aku ni adalah silent blogwalker.. so skg ni aku nk jd blogger... bru SyiiiiOoookkk... yg penting aku budak bru belajar.. klu salah tlg tunjukkan & harap di maafkan.. sekian Wassalam..

nantikan n3 yg menarik akn aku kongc kan disini.. dimana??? di blog ciknilam... Fifi sukeeeee.....

My Little Caliph - Rifqi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Second Little Caliph

Lilypie Maternity tickers

UlangTahun Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers