CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, 24 November 2011

Kepentingan Asid Folik

Ok... N3 sblum ni ade cite ttg Pengambilan Folik Asid.. So ai nk tmbah sikit ttg kepentingan Asid Folik ni..  Sumber dari babycenter.com..


Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.


Hah!!! ibu hamil sekelian jgn lupe ambil asid folik...

Kehamilan : Minggu Ke-5

Minggu Ke-5 :


Stage ni ai dh lepas.. tp nk story mory gak..

Masa minggu ni, biasa nye perut mmg belum membuncit lg.. klu org2 yg berisi mcm ai ni, sememangnye dh ade spare tayar tu.. hehe.. klu org kurus biasanye mmg blum lg lah..
Masa ni, jantung embrio, lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah.

Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota kaki dan tangan bayi mula tumbuh. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk.



Bagi momma sekalian, time ni mmg penting untuk  mengambil berat ttg pengambilan nutrisi dan mineral yang diperlukan dalam pembentukan embrio.. Kalau nutrisi kurang akan menyebabkan pertumbuhan bayi terganggu & berisiko di kemudian hari kelak. Biasanya klu kita dh g confirm ngn doc, doc akn trus bagi Asid Folik. Asid Folik penting bagi mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

Dah 2 Kali Macam Ni

HUARGH HUARGH HUARGH ....

Semalam ai g klinik, konon nk terus wat buku pregnant.. Namun begitu, ai mendapat berita  yang agak x brape best..


ERM ERM ERM, sblum ni ai poyo dok cite ai dh 7minggu kn... OH TIDAK!!! ... Diz week ai bru 6week... semlm doc telah mengesahkan melalui ukuran karung baby dlm rahim ai.. kes ni  same mcm kes Rifqi dulu.. tarikh akhir period x same ngn tarikh ukuran baby dlm kandungan.. klu ikutkan Rifqi dulu, ai 1st day last period 21/9/2009.. patut nye Rifqi kuar 21 Jun 2010, tp bile doc scan n mengikut ukuran baby tarikh kuar sbnr adalah 20/7/2010, tp Rifqi nk gak kuar 13/7/2010.. hehehehe..

Story nye kat cni, diz baby pun lbh kurang abg nye.. maybe due ai 18/7/2012, patut nye 25/6/2012.. n ptutnye skg ni ai dh 9week.. tp xpelah.. its ok .. maybe Allah SWT tu nk bagi yang terbaik wat ai. mane tau tarikh sama ngn Rifqi..

Ai tnye doc..nape bleh jd mcm ni? doc kate..maybe dah bersenyawa ikut masa nye tp lambat turun bwh meaning lmbt menempel pd rahim, thts y lah lmbt gak tarikh due u.

Kalu sesape yg same kes ngn ai so, jgn lah risau, xde pe2 pun.. beza hnye tarikh..


K lah sampai cni jer celoteh cik nilam utk masa ni.. nnti story lg naaa...

Wednesday, 16 November 2011

X tau nk buh tajuk ape.

Assalamualaikum..

Hari ni dh 3 hari di Labuan.. ai wat ape kat Labuan tu? em biasalah bekerja.. last dtg Labuan pun awl tahun 2009. Nasib baik morning sickness ai x teruk.. klu teruk mau haru bos ai.. "menyesal aku bawa staff ni" hahahah..  Syukur sgt mengandung kali kurang simptom mengada2 tu, tp ai kerap skt pinggang.. ms nk terbang kesini amik ms 2 1/2 jam.. mmg haru, ai skt sgt pinggang.. xpelah berkorban ape saja..

Pakcik Rifqi

Nk story ttg pakcik Rifqi.. Alhamdulilah sepanjang ai xde dia sgt baik, pandai bawa diri kat umah org.. Rifqi kene tinggal ngn pengasuh dia sbb ai n hubby outstation. hubby kat KK n Langkawi smpai lah hujung minggu ni. ai plak smpai hr jumaat ni.. sib baik lah pg jumaat dh blk.. klu x haru x dpt jumpe Iqy... Rindu sgt ngn en hubby n pakcik iqy.. huhuhuh.. Kemudahan teknologi skg ni sgt bagus, ai mmg dr dulu klu nk beli hnphone, mesti  nk beli yg ade kamera depan so that leh lah wat video kol.. lgpun en hubby mmg slalu o/station.. so klu rindu leh lah wat video kol..



ape yg menarik kat Labuan ni yerk?? mcm xde yg menarik je.. pe2 pun ai bkn leh g mane pun.. dh name pun keje kn.. nk melancong dh sah sah lah xdpt..xkesahlah kn..  yg penting ai dpt borong coklat byk2..

nk cite byk tgh pening, so ai stop dulu lah kat cni..

Friday, 11 November 2011

Kehamilan : Minggu Ke-4

Ape Yerk nk story hari ni??
Kita smbung bab kehamilan lah yerk.. ai nk smbung minggu ke-4 lah..

Minggu Ke-4 :

Kini zigot sudah mendapat tempat dalam rahim, bermakna minggu ni anda sudah tidak didatangi haid. Biasa ada sesetengah wanita akan mengalami sedikit pendarahan dgn jumlah darah yg sedikit dan bertompok. Ianya bukan haid, namun itu adalah proses penempelan zigot ke dinding rahim anda.
Biasanya zigot menghasilkan hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - hCG). Anda boleh lah membuat ujian kehamilan masa ni.. Tetapi x semua akan mndpt hasil positif, kadangkala alat ujian belum dpt mengesan kehamilan kerana terlalu awl.. Better check slps 2 minggu kelewatan.



 Tips!!
Ujian kehamilan disarankan dilakukan pada waktu pagi, kali pertama membuang air kecil slps bangun tido.


Zigot sedang membesar dalam uterus  telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.

4 minggu
Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.


Ok itu je nk kongsi hari ni.. klu nk tau ttg minggu 1-3 klik Sini .. Untuk Minggu Ke-5 klik Sini.

Wednesday, 9 November 2011

PETUA Ibu

Assalamualaikum..

Eh hari ni bru ai nk bg salam.. sblum ni main terjah jer.. hehehe..
OK, ai x nk ckp byk hari ini, just 1 2 share some info about PETUA..

ok mari kita lihat yang :

1. Peti Sejuk Berbau??
    Letakkan seketul arang dalam peti ais tu.. (ai dh try mmg berkesan, kurang bau fridge ai)
dh kenal ghuper arang??


Tuesday, 8 November 2011

Kehamilan : Conception/Persenyawaan

 
Dari Abi 'Abdirrahman 'Abdillah Bin Mas'ud RadiyaLlahu 'anhu telah berkata:


"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. "
"Sesungguhnya tiap orang di antaramu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di alam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air yang kental) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga, kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara: 1. ditentukan rezekinya, 2. ajalnya (umurnya) 3. amalnya (pekerjaannya), 4. ia celaka atau bahagia.

Mari kita kongsikan bersama apa itu Persenyawaan??
Percampuran air mani antara lelaki dan wanita.
  Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2
       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Minggu pertama :

Minggu ini sebenarnya masih dalam proses period, tiada pemsenyawaan berlaku. kerana perkiraan kelahiran dikira berdasarkan hari pertama haid terakhir.


Minggu Ke-2 :
Semasa minggu kedua setiap bulan sepanjang tempoh penantian ketibaan nyawa baru - hormon estrogen merangsang uterus untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan sarat darah. Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur yang disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur dalam sak-sak yang penuh cecair iaitu folikel. Dalam tempoh masa yang singkat persenyawaan boleh berlaku sekiranya sperma berjaya bertemu telur.

Sel2 telur yang berada didalam rahim, berbentuk seperti lingkaran sinar yg mengelilingi matahari. Sel ini akan bertemu dengan sel2 sperma dan memulai proses persenyawaan.
Ovum
Sperma
Minggu Ke-3 :
Beberapa perkara akan berlaku. Di pertengahan kitaran (hari ke-14 dalam kitaran biasa 28 hari), anda akan mengovum - satu daripada telur anda ditarik dan dimasukkan ke dalam tiub falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa) berjaya berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur.

Sperma mencuba nasib masuk kedalam ovum

Akhirnya yg ini berjaya masuk

Setelah disenyawakan, telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang. Anda mungkin tidak sedar yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang mereka tahu saat-saatnya persenyawaan berlaku.
 
Zigot

Masa ai 5week ai mmg xdpt trace ai pregnant.. so last week 3/11 ai g jumpe doc lg, masa tu ai dh 6 week, doc scan, dia nmpak ade sesuatu yg menempel didinding rahim, but she not sure either im going to period or its a zigot.. so dia suh cek blk 8/1.. then diz morning, its a good news to me.. heheh.. all of u already know sbb ai dh gtau kat entry sblum ni.

So klu sesape yang rs xpasti, boleh lah baca maklumat diatas dan akan datang.. atleast leh tau kat mane kite nye kedudukan.. tp klu nk tau lebih lanjut better jumpe doc.. maklumat di atas adalah sekadar perkongsian.. 


Ok sekian utk persenyawaan.. nnt sambung minggu ke-4 kehamilan..


Masih Samar????

Hari tu ai de kate projek ditunda kn.. hahaha.. smmg nya akn ditunda sehinggalah bln 10 thn dpn.. hehehhe..  ape sbb nye??? mai cni ai nk tunjuk..


YES! YES! YES! YES!..
Ai pregnant 7 week.. Alhamdulillah doa ai dimakbulkan Allah SWT.. walaupun ai dah ade Rifqi, tp nak anak stiap 2 thn tu berkobar sgt.. so baby ni akn jrk 2 thn ngn Rifqi.. Tecapai lah impian en.hubby nk 2thn seorg.. tp klu dpt kembar pun ok jugak.. so leh rehat lame skit nnt.. hihihih..

Actualy from 2week ago mmg dh ade simptom2 nye.. tu asik beli pregnancy test jer.. asl try je xde.. huhuhu.. then hr ni cek. HAH ade...best best.. Antara simptom2 yg ai hadapi :

* breast trasa sakit sgt*
*pening & mual*
*penat sgt*
*sakit pinggang yg amat*
*hari2 nk mkn McD (mengidam)*
*suke sgt mkn durian (mengidam)*
*xleh cium bau en hubby (ni simptom baru, ms Rifqi dulu xde pun)*
*cepat terkucil*


hah.. itu yg ai rase, anda semua bgaimana??  lain org, lain simptom nye.. masa Rifqi dulu, ai rasa semua tu selepas tau ai pregnant.. diz new baby lain skit, ai rs dulu simptom nye bru tau pregnant.. so that tu yg beli pregnancy test bagai nk rak.. heheh..

Masa Rifqi dulu x bekempatan nk wat diari hamil dia, so diz baby ai nk wat gak.. biar dia tau ibu dia amat menghargai kehadiran dia dan biar dia tau perkembangan dia sendiri.. tp ngn Rifqi, ai dh simpan album dia.. so xde lah nnt dia tersinggung suatu hr nnt..

My Little Caliph - Rifqi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Second Little Caliph

Lilypie Maternity tickers

UlangTahun Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers