CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, 11 November 2011

Kehamilan : Minggu Ke-4

Ape Yerk nk story hari ni??
Kita smbung bab kehamilan lah yerk.. ai nk smbung minggu ke-4 lah..

Minggu Ke-4 :

Kini zigot sudah mendapat tempat dalam rahim, bermakna minggu ni anda sudah tidak didatangi haid. Biasa ada sesetengah wanita akan mengalami sedikit pendarahan dgn jumlah darah yg sedikit dan bertompok. Ianya bukan haid, namun itu adalah proses penempelan zigot ke dinding rahim anda.
Biasanya zigot menghasilkan hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin - hCG). Anda boleh lah membuat ujian kehamilan masa ni.. Tetapi x semua akan mndpt hasil positif, kadangkala alat ujian belum dpt mengesan kehamilan kerana terlalu awl.. Better check slps 2 minggu kelewatan.



 Tips!!
Ujian kehamilan disarankan dilakukan pada waktu pagi, kali pertama membuang air kecil slps bangun tido.


Zigot sedang membesar dalam uterus  telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.

4 minggu
Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi.


Ok itu je nk kongsi hari ni.. klu nk tau ttg minggu 1-3 klik Sini .. Untuk Minggu Ke-5 klik Sini.

0 juta orang berceritera:

Post a Comment

My Little Caliph - Rifqi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Second Little Caliph

Lilypie Maternity tickers

UlangTahun Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers